Jumaat, 18 Disember 2009

Mari Membaca




Terapkan budaya membaca

Di Malaysia peratusan tabiat suka membaca masih dalam kategori miskin dan banyak lagi program yang sepatutnya perlu di jalankan untuk menyemai rakyat supaya suka membaca.

Membaca bukan bererti untuk menjawab soalan exam atau soalan PTK semata-mata, membaca adalah satu amalan yang mampu mematangkan fikiran.

Sumber bacaan

Terdapat banyak sumber pada masa kini untuk membaca, antaranya buku-buku , e-buku , online artikel , surat khabar, forum , blog dan lain-lain semua itu adalah sumber yang mudah didapati dan ianya praktikal untuk digunakan.

Rakyat Malaysia pemalas?

Rakyat malaysia masih dikatakan sebagai rakyat yang malas membaca. Membaca dari satu sumber tidak memadai. Membaca perlu di pelbagaikan dan membaca tidak semestinya formal.
Nabi S.A.W juga di suruh membaca apabila pertama kali mendapat wahyu dari Allah S.W.T.

Ini menunjukan membaca adalah penekanan dalam Islam dan sumber asas bagi ilmu pengetahuan.

Kita sering melihat pelancong-pelancong dari negara eropah sering membawa buku ditangan mereka sekalipun dalam keadaan mod 'backpack'. Mereka tidak menentukan dimana perlu membaca, dimana da ruang masa disitu mereka akan membaca itu sudah menjadi sebati kepada ketamadunan mereka.

Di Malaysia membaca masih lagi bukan menjadi tamadun dan jauh sekali menjadi amalan kebiasaan orang kita. Orang kita lebih suka melepak di warung-warung kopi atau kedai mamak sambil bercerita kosong dengan topik kebiasaan 'perempuan' , 'motosikal atau kereta' serta 'sembang politik' tetapi jauh sekali untuk berkumpul untuk memberi idea serta pandangan yang mampu melahirkan anjakan paradigma yang dapat diimplimentasikan kepada satu perubahan didalam sesebuah masyarakat.

Amalkan budaya 'knowledge sharing'

Amalan bertukar-tukar pengetahuan yang boleh memberi maklumat kepada masyarakat umum adalah satu amalan yang masih baru dikalangan rakyat negara kita. Tanpa bacaan maklumat tidak sampai dan budaya 'knowledge sharing' tidak akan wujud. Oleh yang demikian permulaan bagi perkara itu adalah ilmu yang diperolehi dari sumber-sumber bertulis dan ilmu yang didokumentasikan tidak akan hilang selagi ia releven untuk digunakan.

Admin SKPB