Sepanjang Ramadhan pihak sekolah telah pun mengadakan pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian. Antaranya Program Tadarus Al-Quran, Galakan Menderma (Tabung Palestin),Tayangan Video dan Kuiz Agama.
Pada 24 Julai 2014 pihak sekolah telah mengadakan majlis penutup bagi Program Ihya' Ramadhan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah melibatkan diri dalam menjayakan program tersebut. Diharap program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa supaya dapat melahirkan murid yang berkualiti.
Menderma Tabung Palestin
Tadarus Al-Quran
“Guru Penyayang Murid Berkualiti”.
