AKTIVITI REHAT MINDA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR
TAJUK : Aktiviti Rehat Minda Program Kecemerlangan UPSR.
RASIONAL : Dalam menghadapi situasi pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan semua program yang diatur dapat dijalankan dengan sempurna. Dalam merangka pembangunan insan, aspek fizikal murid juga perlu seimbang agar matlamat dalam pendidikan akan tercapai. Sehubungan dengan itu, program Rehat Minda telah diatur agar murid dapat membina keyakinan diri serta dapat mengurangkan tekanan dalam pembelajaran. Pendedahan kepada jaket keselamatan juga bersesuaian dengan keperluan murid yang berada berhampiran sungai.
MATLAMAT :
1. Mengurangkan tekanan minda murid-murid tahun 4,5, dan 6.
2. Merapatkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid.
3. Mendedahkan murid kepada penggunaan jaket keselamatan.
OBJEKTIF : Di akhir program, peserta akan didedahkan dengan penggunaan Jaket Keselamatan serta beberapa cara menguruskan tekanan.
SASARAN :
1. Murid Tahap 2 ( 4,5, dan 6 )
2. Guru-guru dan kakitangan sekolah
TARIKH : 18 Julai 2009
MASA : 8.00 hingga 1.00 tengah hari
TEMPAT : Lata Payong.
JURULATIH : Mustaffa Kamal Saabayudin
JAWATANKUASA :
Penasihat : En. Lingah b. Derahman (Guru Besar)
Penyelaras : En. Yakub b. Mohamud (GPK 1) Pengerusi : En. Muhsin b. Mansor (GPK HEM)
N/Pengerusi : En. Zaharuddin (GPK KO)
Setiausaha : En. Mustaffa Kamal b. Saabayudin.
TANTATIF PROGRAM :
8.00 pg - 8.30 pg : Senamrobik
8.30 pg - 9.00 pg : Jungle Trekking
9.00 pg - 11.00 pg : Teori dan amali penggunaan Life Jacket
11.00 pg - 12.00 t/h : Makan tengah hari
12.00 t/h - 1.00 ptg : Bersurai
