Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Jumaat, 20 September 2013

PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Pada pertengahan bulan september, unit korikulum sk payong baru telah berjaya mengadakan perkemahan unit beruniform bagi tahun 2013 .kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.

Ahad, 15 Ogos 2010

PROGRAM TUAH RAMADHAN

Ahli Jawatankuasa Penyelaras UPSR telah melancarkan satu lagi program untuk murid tahun 6 yang dipanggil dengan nama Tuah Ramadhan.

Berikut adalah kertas kerja, Sistem permarkahan, dan jadual program..

Sabtu, 30 Januari 2010

Peperiksaan TOV bagi murid tahun 2 hingga 6

Khamis,28 Jan 2010- Ujian Pengesanan TOV telah dijalankan serentak diseluruh negeri Terengganu.Semua murid SKPB terlibat dalam ujian ini yang diadakan pada 26-28 Jan 2010.

Soalan yang telah diselaraskan oleh pihak JPNT.Ujian ini bakal menguji tahap pengetahuan sedia ada murid sebagai persiapan menghadapi peperiksaan yang lebih penting pada tahun ini.

Kepada semua guru, markah perlu dimasukkan kedalam buku Manual Peperiksaan...

Selasa, 17 November 2009

Hari Pengucapan dan Penyampaian Hadiah



Selasa ,17 November 2009- Hari Pengucapan dan Penyampaian Hadiah 2009 telah diadakan di  Kantin Sk Payong Baru. Majlis ini merupakan satu majlis untuk meraikan murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran serta kokurikulum sepanjang tahun 2009. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Razalan Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.



Hari Penyampaian Hadiah pada 17-11-2009

Sabtu, 15 Ogos 2009

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK MURID TAHAP 2

TAJUK KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK MURID TAHAP 2 / 2009

RASIONAL
Satu senario pencapaian akademik dan milikan sahsiah yang kurang memuaskan, telah menjurus kepada satu budaya saing yang rendah, secara langsung memberi kesan kepada kemudaratan dalam banyak aspek pembangunan kendiri murid yang terlalu menyimpang dengan perkembangan persekitaran global. Justeru itu pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan satu program bagi memberi focus kepada murid tahap sebagai “ A NEW EARLY STEP PLANNING” dengan penyediaan jaringan yang berbeza dari perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan biasa. Keutamaan program lebih kepada penambahbaikan pemakanan, jati diri, disiplin diri, pengurusan masa, tanggungjawab kendiri, hidup berkumpulan, hormat menghormati, hargai menghargai, kawalan persekitaran, riadah, tazkirah, keimanan dan penerusan menguasai kemahiran menduduki peperiksaan.

MATLAMAT
1. Memberi satu rasa kelainan persekitan kepada semua warga sekolah daripada situasi seharian yang membosankan.
2. Sebagai satu langkah dan usaha pihak sekolah untuk meransang usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan peperiksaan UPSR.
3. Menjadikan satu panduan baru kepada semua warga sekolah suasana kem yang perlu di ubah
dari semasa ke semasa dengan pendekatan inovasi yang positif.

OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada semua murid tahap 2, untuk menginap ditempat tidak selesa iaitu di
bilik darjah.
2. Meningkatkan kerjasama kepada semua kalangan ahli warga sekolah.
3. Memberi cabaran pembelajaran dalam suasana dan masa yang padat serta aktiviti yang penuh.
4. Meningkatkan motivasi kendiri murid untuk menghadapi peperiksaan.
5. Mewujudkan perkongsian dan ransangan idea rakan sebaya dalam segi pengurusan masa dan
aktiviti.
6. Menggunakan hari-hari minggu dengan kerja-kerja berfaedah dan dan berfokus.

SASARAN
( 49 Orang ) Tahun 6 - 22 Orang Tahun 5 - 11 Orang Tahun 4 - 16 Orang

TEMPOH / TARIKH
13, 14 & 15 OGOS 2009. (3 hari 2 malam)
Pendaftaran 2.30 petang (13/08/2009)
Perasmian penutup 2.00 petang (15/08/2009)

PENGISIAN DAN FOKUS PERLAKSANAAN.
1. Latihan peperiksaan dan menjawab soalan peperiksaan.
2. Persediaan dalam peperiksaan awam dan sekolah
3. Pematuhan dan disiplin diri serta melaksanakan peraturan yang ditetapkan
4. Latihan pengurusan masa yang cekap.
5. Meningkatkan jati diri murid.
6. Kecaknaan kalangan guru dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
7. Solat berjemaah dan tazkirah – latihan dan amalan solat serta meningkatkan tanggungjawab
dalam menyempurnakan konsep keimanan diri.
8. Riadah – membentuk sahsiah dan meningkatkan pembangunan fizikal dan menambah kemahiran
fizikal murid.

JAWATANKUASA INDUK.
Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong kanan 1
S/Usaha : Penyelaras UPSR
Ajk : Semua Guru Subjek UPSR.

JAWATANKUASA KERJA.
1. Pendaftaran. a. En. Tuan Abdul Mu’utzi bin Tuan Husain b. En. Mohd Isham Hazammy bin Awang @ Ibrahim 2. Urusetia Kerja. a. En. Yakub bin Mohamud b. En. Mustafa Kamal bin Saabayuddin c. Cik Laliza binti Laldin 3. Makan Minum a. Pn. Maslina bt Mahmud d. Pn. Rosmawati Abdullah b. Pn. Shafah bt Abdil Kadir e. Pn. Hayati bt Dollah c. Pn. Sanitah bt Harun 4. Kawalan Keselamatan a. En. Mat Rafi bin Nasir c. En. Razali bin Mat Yazid b. En. Noriza bin Ibrahim 5. Persiapan Tempat a. En. Mazri bin Mahamud @ Muhammad b. En. Mohd Nazri bin Masjuni c. En. Ahmad Sabri bin Abd Rahman d. En. Che Salim bin Che Wan 6. Solat dan Tazkirah. a. Ust. Muhsin bin Mansor b. Ust. Ezani bin Abdul Ghani 7. Riadah dan Permainan Kecil Kumpulan. a. En. Tuan Abdul Mu’utzi bin Tuan Husain b. En. Mohd Isham Hazammy bin Awang @ Ibrahim 8. Hadiah dan Cenderahati. a. Cik Juliana binti Awi b. Pn. Rosliza binti Salleh 9 Kebersihan dan Keceriaan a. Hayati binti Dollah c. Shafah binti Abdul Kadir b. Sanitah binti Harun
>> Gambar Aktiviti akan menyusur tidak lama lagi....

Rabu, 29 Julai 2009

Ahad, 19 Julai 2009

PROGRAM REHAT MINDA



AKTIVITI REHAT MINDA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

TAJUK : Aktiviti Rehat Minda Program Kecemerlangan UPSR.

RASIONAL : Dalam menghadapi situasi pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan semua program yang diatur dapat dijalankan dengan sempurna. Dalam merangka pembangunan insan, aspek fizikal murid juga perlu seimbang agar matlamat dalam pendidikan akan tercapai. Sehubungan dengan itu, program Rehat Minda telah diatur agar murid dapat membina keyakinan diri serta dapat mengurangkan tekanan dalam pembelajaran. Pendedahan kepada jaket keselamatan juga bersesuaian dengan keperluan murid yang berada berhampiran sungai.

MATLAMAT :
1. Mengurangkan tekanan minda murid-murid tahun 4,5, dan 6.
2. Merapatkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid.
3. Mendedahkan murid kepada penggunaan jaket keselamatan.

OBJEKTIF : Di akhir program, peserta akan didedahkan dengan penggunaan Jaket Keselamatan serta beberapa cara menguruskan tekanan.

SASARAN :
1. Murid Tahap 2 ( 4,5, dan 6 )
2. Guru-guru dan kakitangan sekolah

TARIKH : 18 Julai 2009

MASA : 8.00 hingga 1.00 tengah hari

TEMPAT : Lata Payong.

JURULATIH : Mustaffa Kamal Saabayudin

JAWATANKUASA :
Penasihat : En. Lingah b. Derahman (Guru Besar)
Penyelaras : En. Yakub b. Mohamud (GPK 1) Pengerusi : En. Muhsin b. Mansor (GPK HEM)
N/Pengerusi : En. Zaharuddin (GPK KO)
Setiausaha : En. Mustaffa Kamal b. Saabayudin.

TANTATIF PROGRAM :

8.00 pg - 8.30 pg : Senamrobik
8.30 pg - 9.00 pg : Jungle Trekking
9.00 pg - 11.00 pg : Teori dan amali penggunaan Life Jacket
11.00 pg - 12.00 t/h : Makan tengah hari
12.00 t/h - 1.00 ptg : Bersurai
Posted by Picasa

Sabtu, 18 Julai 2009

Program Rehat Minda 18-07-2009

Rabu, 8 April 2009

Pertandingan Bola Tampar Zon Setiu

Khamis, 8 Mac 1990

Merentas Desa 8-03-2009