Sabtu, 15 Ogos 2009

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK MURID TAHAP 2

TAJUK KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK MURID TAHAP 2 / 2009

RASIONAL
Satu senario pencapaian akademik dan milikan sahsiah yang kurang memuaskan, telah menjurus kepada satu budaya saing yang rendah, secara langsung memberi kesan kepada kemudaratan dalam banyak aspek pembangunan kendiri murid yang terlalu menyimpang dengan perkembangan persekitaran global. Justeru itu pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan satu program bagi memberi focus kepada murid tahap sebagai “ A NEW EARLY STEP PLANNING” dengan penyediaan jaringan yang berbeza dari perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan biasa. Keutamaan program lebih kepada penambahbaikan pemakanan, jati diri, disiplin diri, pengurusan masa, tanggungjawab kendiri, hidup berkumpulan, hormat menghormati, hargai menghargai, kawalan persekitaran, riadah, tazkirah, keimanan dan penerusan menguasai kemahiran menduduki peperiksaan.

MATLAMAT
1. Memberi satu rasa kelainan persekitan kepada semua warga sekolah daripada situasi seharian yang membosankan.
2. Sebagai satu langkah dan usaha pihak sekolah untuk meransang usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan peperiksaan UPSR.
3. Menjadikan satu panduan baru kepada semua warga sekolah suasana kem yang perlu di ubah
dari semasa ke semasa dengan pendekatan inovasi yang positif.

OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada semua murid tahap 2, untuk menginap ditempat tidak selesa iaitu di
bilik darjah.
2. Meningkatkan kerjasama kepada semua kalangan ahli warga sekolah.
3. Memberi cabaran pembelajaran dalam suasana dan masa yang padat serta aktiviti yang penuh.
4. Meningkatkan motivasi kendiri murid untuk menghadapi peperiksaan.
5. Mewujudkan perkongsian dan ransangan idea rakan sebaya dalam segi pengurusan masa dan
aktiviti.
6. Menggunakan hari-hari minggu dengan kerja-kerja berfaedah dan dan berfokus.

SASARAN
( 49 Orang ) Tahun 6 - 22 Orang Tahun 5 - 11 Orang Tahun 4 - 16 Orang

TEMPOH / TARIKH
13, 14 & 15 OGOS 2009. (3 hari 2 malam)
Pendaftaran 2.30 petang (13/08/2009)
Perasmian penutup 2.00 petang (15/08/2009)

PENGISIAN DAN FOKUS PERLAKSANAAN.
1. Latihan peperiksaan dan menjawab soalan peperiksaan.
2. Persediaan dalam peperiksaan awam dan sekolah
3. Pematuhan dan disiplin diri serta melaksanakan peraturan yang ditetapkan
4. Latihan pengurusan masa yang cekap.
5. Meningkatkan jati diri murid.
6. Kecaknaan kalangan guru dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
7. Solat berjemaah dan tazkirah – latihan dan amalan solat serta meningkatkan tanggungjawab
dalam menyempurnakan konsep keimanan diri.
8. Riadah – membentuk sahsiah dan meningkatkan pembangunan fizikal dan menambah kemahiran
fizikal murid.

JAWATANKUASA INDUK.
Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong kanan 1
S/Usaha : Penyelaras UPSR
Ajk : Semua Guru Subjek UPSR.

JAWATANKUASA KERJA.
1. Pendaftaran. a. En. Tuan Abdul Mu’utzi bin Tuan Husain b. En. Mohd Isham Hazammy bin Awang @ Ibrahim 2. Urusetia Kerja. a. En. Yakub bin Mohamud b. En. Mustafa Kamal bin Saabayuddin c. Cik Laliza binti Laldin 3. Makan Minum a. Pn. Maslina bt Mahmud d. Pn. Rosmawati Abdullah b. Pn. Shafah bt Abdil Kadir e. Pn. Hayati bt Dollah c. Pn. Sanitah bt Harun 4. Kawalan Keselamatan a. En. Mat Rafi bin Nasir c. En. Razali bin Mat Yazid b. En. Noriza bin Ibrahim 5. Persiapan Tempat a. En. Mazri bin Mahamud @ Muhammad b. En. Mohd Nazri bin Masjuni c. En. Ahmad Sabri bin Abd Rahman d. En. Che Salim bin Che Wan 6. Solat dan Tazkirah. a. Ust. Muhsin bin Mansor b. Ust. Ezani bin Abdul Ghani 7. Riadah dan Permainan Kecil Kumpulan. a. En. Tuan Abdul Mu’utzi bin Tuan Husain b. En. Mohd Isham Hazammy bin Awang @ Ibrahim 8. Hadiah dan Cenderahati. a. Cik Juliana binti Awi b. Pn. Rosliza binti Salleh 9 Kebersihan dan Keceriaan a. Hayati binti Dollah c. Shafah binti Abdul Kadir b. Sanitah binti Harun
>> Gambar Aktiviti akan menyusur tidak lama lagi....