Memaparkan catatan dengan label pentadbir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pentadbir. Papar semua catatan
Ahad, 1 Ogos 2010
Isnin, 29 Mac 2010
Sabtu, 3 Januari 2009
Kata Alu-aluan
Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam usaha menyiapkan garis panduan pengurusan dan organisasi serta arah tuju sistem pendidikan sekolah ini. Dengan kata lain kita telahpun berjaya memulakan asas agenda kerja kita melalui platform permaufakatan atau “interdependence” untuk kita hayati dan laksanakan.
Komitmen dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak termasuk PIBG amatlah diperlukan demi kecemerlangan anak didik kita.
Justeru menyedari bahawa matlamat akhir organisasi ialah kesejahteraan dan kecemerlangan warga pelanggan meliputi kecemerlangan pelajar, ibubapa dan masyarakat. Konsep ini tidak datang dengan mudah melainkan datang dari warga guru yang cemerlang yang mampu mecemerlangkan organisasi sekolah. Maka kita harus proaktif, keras semangat, tidak mudah mengaku kalah atau tersungkur di pertengahan jalan.
Setiap kerja buat yang hendak kita laksanakan tidak boleh tidak memerlukan pengorbanan yang ikhlas berteraskan upah yang kita terima. Oleh sebab itu saya melihat kerajinan dan ketekunan sahaja mampu merealisasikan hasilan pelbagai idea yang boleh menghasilkan tindakan dan perlaksanaan yang lebih berkualiti. Setiap hasil yang kita dapat, semua pihak akan merasai satu nikmat dan kepuasan yang berganda.
Saya sangat bimbang insan yang kita bentuk dan kita bina, akhirnya dipertikaikan oleh kita sendiri dan masyarakat umum. Kita sudah banyak dapat lihat remaja yang di anggap kurang ‘antibody’ tidak mampu menjelmakan diri dalam arus perubahan globalisasi yang membawa banyak kemusnahan, fitnah dan kedangkalan. Tidak boleh tidak kita juga diperhitungkan oleh Allah S.W sebagai sedikit faktor diakhirat kelak.
Akhirnya, marilah kita sama-sama mendokong cita-cita dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkasakan jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk anak didik kita di SKPB.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam usaha menuju kecemerlangan SK Payong Baru. Semoga buku ini dijadikan “garis pandu” untuk kita merealisasikan pendidikan di sekolah ini.
Wassalam,
Guru Besar.
Sekolah Kebangsaan Payong Baru,
21500 Setiu, Terengganu.
Jumaat, 2 Januari 2009
VISI
Menjadikan Sekolah Kebangsaan
Payong Baru
Sebagai Sebuah Organisasi Pendidikan
Berkualiti dan Cemerlang
Pada 2010
MISI
Memastikan Peningkatan Kualiti
Perlaksanaan Kurikulum, Kokurikulum Dan Pendidikan Ke Arah Mencapai Matlamat
Sekolah Dan Pendidikan Negara.
Objektif
Melaksanakan kuasa-kuasa yang
diberi bagi:
1.
Memastikan 100% arahan PPD, JPN dan KPM dapat
diurus dan dilaksanakan.
2.
Menghabiskan 100% sukatan pelajaran yang
diperuntukkan bagi setiap kelas dalam masa yang ditetapkan.
3.
Penambahbaikan 20% perlaksanaan pengurusan
Kurikulum dan Kokurikulum yang sedia ada.
4.
Penambahbaikan Prasarana Pendidikan di Sekolah.
5.
Peningkatkan Pencapaian Akademik dalam setiap mata
pelajaran disemua tahun.
6.
Meningkatkan Penglibatan dan Pencapaian Kokurikulum
dikalangan murid.
7.
Meningkatkan kualiti sahsiah murid.
Dasar Kualiti
Sekolah Kebangsaan Payong Baru
Akan Terus Komited Terhadap Usaha-Usaha
Penambahbaikan Polisi Yang Berterusan
Bagi Mencapai Hasrat
Murid, Guru, Ibubapa, Sekolah,
Masyarakat, Bangsa dan Negara
Slogan Q
|
Buat Sungguh-Sungguh Tinggal Main-Main … Bersama Ke Arah Kejayaan dan Kecemerlangan
Kod
Etika
|
Rajin, Tekun, Berusaha,
Amanah, Ikhlas, Mesra, Tegas, Berdisiplin
Bertanggungjawab, Bekerjasama,
Hormat Menghormati,
Melaksanakan Tuntutan,
Bersyukur
dan
Kecemerlangan Diri
MOTTO SEKOLAH
|
Berilmu, Beramal, Bertaqwa
Ä BERILMU : Melahirkan murid-murid yang
berpendidikan dan berilmu pengetahuan
Ä BERAMAL : Mengamalkan ilmu yang
diperolehi untuk kepentingan diri,agama,
keluarga, masyarakat dan negara.
Ä
BERTAQWA : Beriman kepada Tuhan,
mengakui kebesaran dan keesaan Tuhan
Langgan:
Catatan (Atom)
